Dancing Balloon (Stem)

22 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat Dancing Balloon. Kelas tersebut dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, mereka dikehendaki untuk membuat dancing balloon.

Mereka diberi bimbingan untuk membuat dancing balloon dengan menggunakan bahan yang telah disediakan iaitu belon dan syiling sahaja. Dengan adanya tunjuk ajar dari youtube dan bimbingan dari kami mereka dapat menghasilkan dancing balloon yang cantik dan menarik serta bergerak-gerak apabila ditikam ataupun ditolak. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali